Seni Bina

Ciri-ciri Senibina

Ciri-ciri senibina yang terdapat pada bangunan sekretariat kolonial di Kuala Lumpur turut diselitkan, bagi mengatasi masalah suhu panas dalam rumah yang menjadi isu kepada Agnes, William menggunakan dinding batu yang tebal, selain laluan berkoridor yang akan membantu pengudaraan yang baik. Intana Kellie sebenarnya pernah mendapat liputan sebuah akhbar inggeris di London, iaitu London Financier pada 15 September 1911. Menurut laporan akhbar berkenaan, istana kellie dianggap unik dari sudut rekabentuk binaan serta keluasannya.

                                            
DSCN0602
Runtuhan Sebahagian Istana Kellie 
     


Jenis Bahan Digunakan Untuk Membina

Setelah memperolehi dana yang diwarisi oleh Agnes pada tahun 1908, pembinaan istana akhirnya berkenaan dapat diteruskan. Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai. William telah menggaji 70 orang buruh mahir dari Madras, India untuk menyiapkan kediaman beliau, kebanyakkan bahan binaan hiasan seperti batu marmar adalah  diimport dari India, sementara Jubin yang digunakan diimport dari Itali pada tahun 1904. Batu bata jenis aprikot yang digunakan dibuat di Malaya, begitu juga dengan kayu cengal yang menghiasi  jenang pintu dan tingkap istana berkenaan, kualiti kayu cengal sememangnya diakui serta mampu kekal utuh sehingga 200 tahun lamanya. Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Dengan seni binanya yang mempunyai asimilasi konsep Greco – Roman, Moorish dan india, istana ini sememangnya unik, malah binaan yang seumpamanya tidak dapat dilihat dimana-mana di Malaya pada ketika itu. Menurut Tajuddin Yaakob, Pengurus Istana Kellie, pembinaan istana ini tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat. 


Istana Kellie dari seberang Sungai Kinta.



Seni Bina Moorish dapat dilihat dalam 'arch' tingkap ini. Frame tingkap ini dibuat dari kayu Chengal.

                                         

                     Kemasan lantai ruang court yard menggunakan                       brick yang di atur.


                                           

Pada bahagian tepi dinding setiap penjuru di tingkat atas anda akan dapat lihat ukiran yang cantik di buat dengan tangan, terdapat di bahagian cornice dan bahagian atas tiang.

                                           

Di bahagian koridor tingkat atas, tiang juga mempunyai ukiran dari tangan yang halus, gambar di atas adalah replika kaki tiang.


                                        

            Dan gambar ini pula adakah replika penyokong tiang             yang di atas tadi.

                                 
                                              

                           Ukiran tangan yang begitu cantik di ruang tetamu                   tingkat atas.


                                              

Ini pula ukiran 'cornice' yang telah di cat dan di tebuk, menjadikan ukiran itu timbul. Ini akan anda dapat lihat di tingkat atas bersebelahan dengan ruang tetamu.










No comments:

Post a Comment