Misteri Istana Kellie!



Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 ke atas istana besar yang mempunyai seni bina lain dari yang lain ini berhenti secara mendadak dengan kematian mengejut pemiliknya. Suasana misteri masih menyelubungi rumah besar yang menyeramkan ini. Adalah dipercayai istana ini juga mempunyai bilik-bilik rahsia dan terowong bawah tanah. Setelah 67 tahun berlalu, khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini telah menguatkan lagi lagenda impian yang tidak kesampaian bagi William Kellie Smith. Lagenda ini jugalah yang telah memberi satu daya tarikan kepada istana ini untuk terus menjadi satu destinasi pengunjung yang bersejarah.


Sebahagian fasad rumah kellas yang masih utuh dan jika anda dapat lihat di kanan fasad ini ada diletakkan tupang untuk support fasad
                                       



Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie's Castle sebagai kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi pelancong domestik serta luar negara. Pengarah Eksekutif Kellie's Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan khasnya serta Perak amnya.



                                          



Pada pokok ini di katakan terdapat bentuk seperti seekor beruang yang sedang berpaut / berpeluk pada batang pokok, cuba anda perhatikan di mana atas adalah mukanya yang memandang ke sini serat tangan kanan memegang dahan dan kaki seperti mahu memanjat. Hal ini ditemui oleh seorang pelakon terkenal Gerak Khas iaitu Zulkifli ketika mahu bergambar bersama dengan anak-anak, hal ini adalah merupakan satu penemuan baru pada tahun 2007.
        

Kellie'sMysterious Corridor
Papan Kenyataan Koridor Misteri


Koridor utama di tingkat bawah, di sini dikatakan roh Tuan Kellie berlegar-legar di malam hari menjaga rumahnya ini, kerana beliau meninggal ketika dia di Lisbon, Portugal dan tidak dapat melihat perkembangan pembinaan di saat akhir hayatnya.


Koridor Misteri

Terdapat banyak kisah yang pernah disaksikan oleh ramai pelawat dan orang tempatan.                          
                                          
         Video Dokumentari Aktiviti Paranormal Di Kellie Castle


Misteri Bilik Helen

Antara ruang dalam Istana Kellie yang dianggap mempunyai mempunyai misteri ialah bilik anak perempuan Helen. Seorang pengunjung dikatakan pernah terlihat seorang budak perempuan bangsa eropah dalam lingkungan usia 6 tahun berkeliaran di bilik tersebut.

    

      Adakah di bilik ini  "lembaga budak perempuan" itu muncul ?



Pengawal Tanpa Kaki

Dalam tahun 1995, dikisahkan empat orang pemuda dari Tapah, Perak buat kali pertamanya melawati Istana Kellie, mereka tiba di Istana berkenaan pada kira-kira pukul lima petang. Malangnya mereka telah didatangi seorang lelaki yang dipercayai pengawal istana berkenaan dan dimaklumkan bahawa premis berkenaan telah ditutup kerana telah melewati tempoh melawat. Sebelum meninggalkan premis berkenaan mereka sempat memandang kearah pengawal tadi yang sedang menuju ke pondok pengawalnya, disitulah baru mereka sedari bahawa pangawal tadi 'TIDAK BERKAKI', sebaliknya seakan melayang menuju ke pondoknya (NST, 8 Oktober 2006).


Bertemu Langsuir

Seorang pengawal di Istana Kellie, Kamazan Yeop atau Pak Naman berkongsi pengalaman seram beliau sewaktu melakukan tugas rondaan selepas waktu melawat berakhir pada pukul 6 petang. Sewaktu beliau melintasi sebatang pokok angsana yang berada di halaman istana berkenaan, beliau terdengar bunyi yang agak mencurigakan, lalu mematikan langkah beliau disitu. 

Sebalik sahaja menoleh kebelakang, kelihatan satu lembaga putih dengan rambut hitam menggerbang muncul di sisi pokok angsana berkenaan dan menuju kearah dimana beliau berdiri. Dalam situasi cemas itu, Pak Naman sempat membaca beberapa potong ayat quran sambil mengacukan senapang patah beliau kearah lembaga tersebut. Beberapa das dilepaskan, namun ianya tidak meninggalkan sebarang kesan, sebaliknya lembaga tersebut melayang terbang meninggalkan kawasan tersebut. 

Dikatakan lembaga  yang ditemui oleh Pak Naman itu sebenarnya adalah Hantu Langsui, beberapa hari kemudian, Pak Naman sekali lagi terserempak dengan satu lembaga putih, cuma kali ini di sekitar kawasan Surau premis berkenaan dan Pak Naman tidak pasti lembaga apakah yang beliau temui itu. Kedua-dua peristiwa ini berlaku dalam tahun 1997 (NST, 26 Jun 2006).


                             

                  Disinikah lokasi  Pak Naman diganggu Langsuir ?










  










                                     

No comments:

Post a Comment