Saturday, 20 September 2014

Sejarah

Siapa William Kellie Smith?

William Smith dilahirkan pada 1 Mac 1870 di Moray Firth, Dellas, sebuah kawasan tanah tinggi di Scotland. Dilahirkan dalam keluarga petani, beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Pada 1 Mac 1890 (Utusan Malaysia, 22 Januari 2008), sewaktu berumur 20 tahun, William dikatakan telah merantau ke Malaya untuk menambahbaik taraf kehidupannya,  beliau bermula sebagai jurutera awam dengan mendapat kontrak selama 2 tahun dengan kerajaan kolonial bagi membina laluan keretapi ke sebuah kuari batu yang baru dibina,malangnya projek ini mempunyai masalah lalu beliau terpaksa menghentikannya. William seterusnya membuat usahasama dengan seorang kontraktor, Charles Alma Baker bagi mengusahakan projek membina jalan raya di Perak.
http://www.mdbg.gov.my/web/guest/757;jsessionid=D398C50479702EB5B876E291D7631BC3                                         


             

                 Mendiang William Kellie Smith ( 1870 - 1926) - Gambar ihsan Lamography.com


Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker. 


                             
Contoh Ladang Getah




Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupa bentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.
      

 
Kellie's House

Setelah mengahwini Agnes, William tinggal di rumah beliau yang telah dibina di kawasan ladang miliknya, rumah berkenaan dinamakan Kellas House. Kellas House dibina dari kayu, lalu dalam cuaca tropika,  pada ketika suhu panas, suhu dalam rumah turut menjadi tinggi. Suhu yang panas sangat tidak menyenangkan Agnes, beliau tidak sukakan Kellas House dan mengindamkan sebuah rumah yang lebih sesuai. Sewaktu mengandungkan Helen, Agnes telah menyuarakan hasrat tersebut kepada William. Sudah menjadi kelaziman keluarga elit dari eropah pada ketika itu,untuk lari dari cuaca panas, mereka akan berkunjung ke Bukit Larut (Maxwell Hill) di Taiping atau Bukit Kledang di Menglembu, Ipoh. 

        

                               

   Istana Kellie Dibina

Menyedari situasi kewangan beliau yang baik, William setuju dengan cadangan isteri beliau, tambahan pula isterinya itu bakal mewarisi dana sebanyak 300,000 Pound sterling yang dianggap lebih dari cukup untuk membiayai rumah idaman mereka. Setelah Agnes melahirkan anak sulung mereka Helen pada 1908, William tanpa lengah lagi terus mengusahakan pembinaan kediaman baru mereka. Dalam tahun yang sama, William telah berurusan dengan sebuah firma kewangan dari Singapura untuk memperolehi dana pendahuluan sebanyak 24,000 pound setahun selama 3 tahun. Pembiayaan kewangan ini dikatakan untuk pembangunan ladang milik beliau disamping pembinaan rumah baru keluarga tersebut, pembayaran balik atas dana pendahuluan tersebut akan dilunaskan sebaik sahaja pemegang amanah perniagaan keluarga Agnes melepaskan dana yang diamanahkan kepada mereka.


              


Masalah Kewangan 

Setahun selepas perancangan pembinaan dibuat, William telah menerima berita yang kurang menyenangkan, pemegang amanah dana milik isterinya telah memaklumkan bahawa dana berjumlah 300,000 pound itu hanya akan dilepaskan dalam tahun 1908. Tambah menyulitkan lagi, firma kewangan dari Singapura yang menyediakan dana pinjaman kepada william turut mengalami nasib malang, mereka terpaksa menghentikan pembiayaan kepada William kerana firma itu sendiri mengalami kegawatan ekonomi kesan prestasi perniagaan mereka yang teruk di Indonesia. Untuk keluar dari kemelut kewangan ini, William telah meminta Agnes menulis surat kepada  kerajaan kolonial untuk memohon dana bantuan sebanyak 50,000 pound. Permohonan tersebut diterima, tetapi dengan nilai separuh dari yang dimohon, sebelum dikurangkan lagi, akhirnya nilai akhir yang setuju dipinjamkan oleh kerajaan kolonial kepada Agnes adalah sebanyak 10,000 pound. Karenah pemerintah kolonial yang dikatakan skeptikal terhadap keupayaan Agnes membayar balik pembiayaan yang dimohon telah mencabar William untuk meneruskan juga pembinaan kediaman baru mereka.

Kesempitan kewangan ini menyebabkan William terpaksa menjual 2/3 kawasan ladang milik beliau  bagi tujuan pembayaran balik dana yang dipinjam. Malang kemudian berkunjung lagi, kali ini permit konsesi milik William melalui aktiviti perlombongan bijih timah telah ditamatkan selain kehilangan ternakan kuda dan lembu akibat wabak penyakit.



Kellie's Castle
Video Dokumentari : Kellie's Castle Malaysia Discovery Channel Part 1 of 3



Video Dokumentari : Kellie's Castle Malaysia Discovery Channel Part 2 of 3  




                        

Video Dokumentari : Kellie's Castle Malaysia Discovery Channel Part 3 of 3





Info Tambahan :-


Dikatakan bahawa William Kellie Smith telah membuat lawatan singkat ke Britain dulu, dan sebab lawatan ini tidak di ketahui dengan kukuh namun ada mengatakan ia menghadiri reunion singkat dengan isteri dan anak-anaknya. Anthony telah dihantar pulang ke kampung halaman untuk menyambung pelajarannya di sana dan Agnes (isteri Tuan Kellie) menemaninya. Sekembalinya ke Europe, Tuan Kellie membuat detour ke Lisbon, Portugal untuk mengambil lift untuk istana Kellie yang telah dipesan dulu namun dia tidak berjaya pulang ke Malaya kerana meninggal dunia akubat penyakit radang paru-paru. Pada December 1926 William Kellie Smith di kebumikan dia British Cemerety dan isteri beliau Agens menjual semua share dalam syarikat dan juga semua ladang yang ada, hingga kini dia tidak lagi datang ke Malaya.
* Anthony Kellie Smith terbunuh ketika perang dunia kedua dan Helen tidak pernah lagi      
   kembali ke sini.